4 jam terperangkap dalam runtuhan tanah


Kota Tinggi: Lelaki berusia 44 tahun terperangkap dalam runtuhan tanah di Sekolah Menengah (SM) Sains Kota Tinggi di Bandar Penawar, di sini, kira-kira empat jam sebelum berjaya diselamatkan.



Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berkaitan kejadian pada 2.20 petang hari ini.


Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai kanan dan anggota polis dari Balai Polis Bandar Penawar digerakkan untuk mengawal situasi di tempat kejadian.


Menurutnya, operasi menyelamat dibantu anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar dan Sebana Cove, kakitangan Klinik Kesihatan Bayu Damai dan panel kontraktor Indah Water Konsortium iaitu syarikat Prospek Qaraeez.


Katanya, siasatan awal mendapati secara keseluruhan seramai empat pekerja syarikat Prospek Qaraeez termasuk mangsa menjalankan kerja baik pulih loji kumbahan di sekolah berkenaan.


"Ketika itu tanah di tepi tangki loji kumbahan runtuh atau jerlus menyebabkan seorang mangsa terperangkap dan tertimbus hingga ke paras pinggang.


"Manakala tiga lagi pekerja sempat menyelamatkan diri.


"Mangsa dalam keadaan stabil," katanya menerusi siaran media hari ini.


Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, operasi tamat pada 6.50 petang hari ini.


Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjalani rawatan.


"Kami menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan mangsa," katanya.


Gel Gambir Sarawak Padu

Shopee Affiliates

Gambir Sarawak 100% Herba Asli

1x Sapu, Hentam Sampai Banjir

(7k Terjual)


Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(143k Terjual)




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal