Gara-gara tidak dipanggil dengan gelaran manja ‘abang’ atau ‘baby’ oleh pekerja restoran, seorang lelaki bertindak mengamuk membaling beberapa biji kerusi dan menendang meja di sebuah restoran sekitar Putra Height, di sini, Ahad lalu.

Bukan itu sahaja, lelaki yang bertindak agresif itu turut menjerit serta membaling bungkusan dan minuman panas sehingga terkena pada seorang kanak-kanak berusia empat tahun, namun didapati tiada kecederaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengusaha restoran terbabit setelah video kejadian itu tular di media sosial, hari ini.

Ads by Kiosked Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian pada pukul 9 pagi itu berpunca daripada salah faham diantara pekerja mangsa dan suspek.

“Pekerja lelaki itu telah memanggil suspek dengan panggilan ‘pak cik’, tetapi suspek meminta pekerja itu memanggil dirinya dengan panggilan ‘abang’ atau ‘baby’ namun tidak diendahkan oleh lelaki itu.

“Setelah pekerja mangsa menyerahkan bungkusan makanan dan minuman yang dipesan oleh suspek, suspek terus bertindak agresif dengan menjerit memaki hamun serta mengugut akan merosakkan harta benda kedai tersebut.

“Suspek bertindak membaling bungkusan makanan dan minuman panas ke dalam ruang restoran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azlan, suspek juga telah membaling beberapa biji kerusi di dalam premis berkenaan dan juga menendang meja beberapa kali sehingga mendatangkan ketakutan dan gangguan kepada pelanggan lain yang berada di dalam restoran.

Tambah beliau, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dilakukan.

“Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 506/352 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta supaya menyalurkan maklumat jika terlihat suspek melalui no telefon 03-78627100 Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Dinesh A/L Ganasan di talian 011-33094457. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

READ MORE
Gel Gambir Sarawak Padu

Shopee Affiliates

Gambir Sarawak 100% Herba Asli

1x Sapu, Hentam Sampai Banjir

(7k Terjual)


Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(143k Terjual)




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal