Doktor dinasor


 Kuala Lumpur: Walaupun dalam keadaan panas terik, Nur Syahirah Harun, 29, tekun menjahit 'luka' Tyrannosaurus Rex (T-Rex) bagi menutup permukaan kulit yang 'dibedah' untuk memperbaiki kerosakan motor pada replika dinosaur animatronik bersaiz sebenar itu.

Ini dilakukannya bagi memastikan dinosaur animatronik yang dipamerkan di Zoo Mini Taman Teruntum, Kuantan, Pahang boleh beraksi segera sebagai tatapan pengunjung untuk menyaksikan haiwan prasejarah itu.

Bertugas sebagai renjer di Dinosaur Encounter di Pusat Sains Negara di sini, bekas penjawat awam itu berkata, kerja terbabit sebahagian daripada proses penyelenggaraan selepas memperbaiki kerosakan pada pelbagai replika robotik.

Katanya, secara asasnya, tugas hakiki renjer adalah memberi maklumat mengenai kehidupan dan ciri setiap spesies haiwan prasejarah itu kepada pengunjung.

"Apabila berlaku kerosakan, renjer memperbaiki motor di dalam replika ini yang mana kami perlu membelah bahagian terbabut dan dijahit semula.

"Nampak mudah kan? Tapi, sebenarnya, tidak. Bukan semua renjer boleh melakukannya. Buat masa ini, saya turut melatih renjer lain," katanya.

Aksi Nur Syahirah ketika menjahit replika haiwan prasejarah di pameran Dinosaur Encounter di Zoo Mini Taman Teruntum, Kuantan menjadi tular di aplikasi TikTok, sekali gus menambat hati netizen berikutan kelainan kerjanya.

Kata Nur Syahirah pameran Dinosaur Encounter yang berteraskan teknologi realiti terimbuh atau augmented reality (AR), bertujuan mengajak pengunjung untuk merasai aura kehidupan dinosaur pada zaman prasejarah di tiga lokasi iaitu Pusat Sains Negara, Zoo Melaka di Melaka dan Zoo Mini Taman Teruntum, Kuantan.

Bahkan, katanya, selain dinosaur bersaiz sebenar, persekitaran hutan di zoo itu membuatkan haiwan yang sudah lama pupus seolah-olah hidup semula seperti di habitat asal ditambah pula dengan pergerakan robotik daripada kepala sehingga hujung ekor.

"Melalui sains dan teknologi, kami bawakan kepada pengunjung suasana zaman prasejarah serta ketika dinosaur pupus melalui beberapa fenomena alam seperti letusan gunung berapi dan penemuan fosil.

"Malah, di setiap lokasi terdapat keistimewaan tertentu, contohnya jika di Zoo Mini Taman Teruntum, ia diiktiraf sebagai zoo hibrid pertama di dunia, apabila menggabungkan elemen haiwan hidup, animatronik dan dinosaur," katanya.

Iklan - Gel Gambir Sarawak
Gel Gambir Sarawak Padu

Shopee Affiliates

Gambir Sarawak 100% Herba Asli

1x Sapu, Hentam Sampai Banjir

(7k Terjual)


Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(143k Terjual)




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal